• Atilia : Indah
  • Atilia : Indah
  • Atilia : Indah
  • Atilia : Indah
Atilia Pindah ke Koh Samui Julai Depan

 

Selepas impiannya mahu membuka pusat Yoga yang diberi nama ‘Yoga One That I Want’, tercapai pada pertengahan tahun lalu, kini Atilia Haron, 39, merasakan dia perlu memantapkan lagi kemahiran serta pengetahuannnya terhadap senaman kesihatan itu. Justeru penyanyi kecil sudah membuat keputusan mahu menetap di Koh Samui, Thailand, demi mengikuti krusus senaman tersebut, selama sebulan.

 

 


“Pada bulan Julai ini saya akan berpindah ke Koh Samui. Saya akan mengikuti kursus kemahiran yoga di sebuah sekolah di sana selama sebulan. Alhamdulillah keluarga saya benarkan saya berpindah ke sana. Saya teruja. InsyaAllah, raya ke-12 nanti baru saya akan pulang semula ke sini.

“Walaupun sudah lapan tahun saya melibatkan diri dengan senaman ini, tapi saya rasa selagi saya belum dapat sijil kelayakan, saya tak yakin untuk mengajar para pelanggan yang datang di pusat Yoga saya. Paling membimbangkan sekiranya berlaku apa-apa insiden tak diingini misalnya mereka tercedera, saya masih kurang mahir tentang soal itu.

“Jadi sebab itulah saya perlu mantapkan lagi kemahiran dan pengetahun saya terhadap senaman ini”, katanya Atilia ketika ditemui pada majlis koleksi terbaru jenama Fesyen Dressing Paula sempena Musim Bungan & Panas 2014, bertempat di Bridge Bar, G Tower, petang semalam.

Sebelum ini pemilik nama sebenar, Raja Putri Atilia binti Raja Haron, ini telah membuka pusat yoga yang terletak di Damansara Perdana. Kini anak kepada penyanyi popular Salamiah Hassan ini boleh berbangga apabila pada 1 Mei ini dia bakal membuka cawangan kedua yang terletak di Shah Alam.

Dalam pada itu, Atilia juga berharap sekembalinya dia ke tanah air nanti, berbekal ilmu yang diperolehi, dia mahu mengubah persepsi sebilangan masyarakat yang mempunyai bertanggapan negatif terhadap senaman yoga.

“Ada yang beranggapan senaman ni diiringi dengan bacaan mantera dan macam-macam lagi andaian. Padahal tidak. Jadi saya nak ubah mentaliti itu. Kerana senaman ini sebenarnya untuk kesihatan badan dan mengeluarkan peluh.

“Selain itu saya gembira dengan sambutan yang mengalakkan daripadaa para pelanggan yang mengikuti kelas di pusat yoga saya. Lebih kurang 70% pelanggan saya adalahh wanita yang bertudung. Paling best, bila ada antara mereka yang berjaya menguruskan badan selepas mengikuti kelas, malam selepas itu mereka turut membawa suami untuk sama-sama mengikuti kelas senaman ini”, katanya.

Perkembangan lain, Atilia bakal melancarkan album terbarunya tidak lama lagi. –Malaysian Digest

original article:
mynewshubmy

 
home
atilia
blog
media
videos
gallery
news
events
links
contact
atilia.us is powered by halimisaidi.com | original background artwork (indah album cover) by muid latif
mfSlideBar