• Atilia : Indah
  • Atilia : Indah
  • Atilia : Indah
  • Atilia : Indah
Atilia menangis keluar sangkar
Multithumb found errors on this page:

There was a problem loading image /home/atiliaus/public_html/v3/../v2/images/stories/atilia/news/tiamama_metro.jpg
Oleh Ramlah Zainal
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Namun kata Atilia atau nama sebenarnya Raja Putri Atilia Raja Haron, 34, dia tidak kisah jika orang membandingkan bakatnya dengan ibu sendiri. “Mama, idola saya sejak dulu dan dia tidak kisah jika orang membandingkan kami berdua. Saya menyanyi dengan gaya sendiri. Begitu juga mama,” katanya. Apapun, kata Atilia, dia tidak faham kenapa orang fikir mereka yang menyanyi dengan nada tinggi itu penyanyi yang bagus? “Bagi saya, mereka yang menyanyi dengan nada tinggi menyakitkan telinga. Sebenarnya, apabila menyanyi kita perlu santai kerana ia seperti menyampaikan cerita kepada orang lain. “Saya bukan penyanyi teknikal sebaliknya menyanyi ikhlas dari hati. Saya berharap peminat akan menerima gaya saya menyanyi,” katanya. Atilia berkata, selepas Sangkar mengungguli Video Muzik Terbaik pada Anugerah Industri Muzik ke-15 (AIM15), baru-baru ini, agenda seninya semakin padat. “Saya akui ramai yang perasan dan mengiktiraf kehadiran saya sebagai penyanyi ketika saya membuat persembahan sempena pada AIM15 dan Angerah Bintang Popular Berita Harian 2007 (ABPBH 2007). “Maklumlah, sudah enam tahun saya menunggu kelahiran album ini. Dulu saya keliru hendak memilih kerjaya kerana waktu sama saya bercita-cita menjadi produser iklan.

Image“Sebab itu saya namakan album ini Sangkar sebagai lambang saya sudah berjaya dari sangkar yang membelenggu diri selama ini,” katanya. Buat masa ini, Atilia memberikan komitmen 100 peratus pada latihan pementasan teater muzikal, P Ramlee The Musical (PRTM) yang bakal di pentaskan di Esplanade Theatre, Singapura, 17 hingga 19 Mei ini. Menyusul selepas itu, Atilia akan memberikan komitmen untuk pementasan PRTM di Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur pada 29 Mei sehingga 15 Jun depan.

Atilia yang membawa watak Junaidah dalam PRTM berkata, dia tidak sabar menantikan pementasan kali kedua ini kerana menampilkan elemen baru untuk memberikan sesuatu yang segar kepada penonton. “Demi kejayaan pementasan ini, saya terpaksa menolak banyak persembahan lain,” katanya. Selepas beraksi dalam P Ramlee The Music...The Life, The Loves & The Inspiration di IB, November lalu, Atilia mengakui tidak gementar seperti musim pertama.

“Kali pertama dulu saya gementar kerana perlu mengingati lirik. Untuk pementasan ini, pelakon juga berbeza kerana peranan P Ramlee dipegang Musly Ramlee. “Selaku Penerbit Eksekutif pementasan ini, Datin Seri Tiara Jacquelina hadir pada setiap latihan yang kami jayakan. Beliau mementingkan kesempurnaan dan pada masa sama sangat profesional.

“Saya lebih bersemangat untuk melakukan yang terbaik kerana kami membawa nama Malaysia ke Singapura,” katanya. Tambah Atilia lagi, dia seronok dapat kembali bekerja dengan Roslan Aziz yang juga pengarah muzik PRTM. “Terus terang saya katakan, jika anda pernah bekerja dengan Roslan, pasti anda boleh bekerja dengan sesiapapun termasuk Tiara. “Sepanjang bekerja dengan Roslan untuk album Sangkar, saya menangis kerana dia garang, tetapi ketegasan dia demi kebaikan saya juga,” katanya.
Selain itu, Atilia berkata, dia akan ke Jakarta pada Jun atau Julai ini kerana menjayakan persembahan di sana. “Selepas Java Jazz, saya menerima banyak undangan menyanyi dari Indonesia termasuk untuk majlis makan malam dan majlis perkahwinan. “Saya juga akan melancarkan album Sangkar di sana sekali gus menembusi pasaran negara itu tanpa mengubah kandungan album itu. Saya tidak bersetuju jika orang kata untuk pasaran di negara lain kita terpaksa melakukan pengubahsuaian mengikut versi sana. Hakikatnya, muzik adalah muzik dan ia tiada sempadan,” katanya.
Atilia ditemui ketika menjayakan persembahan sempena pelancaran Minggu Fesyen bertema hitam dan emas di pusat beli-belah The Curve, Bandar Utama, baru-baru ini.

Pada petang itu, Atilia menyampaikan beberapa lagu seperti Sudah, Rehab (Amy Winehouse) dan Please Don’t Stop The Music (Rihanna).

Mengenai perancangan album baru, Atilia berkata, dia akan berduet dengan ibunya satu lagu untuk dimuatkan dalam album barunya nanti.

“Mungkin kami akan berduet lagu Menghitung Hari ataupun Gelombang. Album kedua ini dijangka siap awal tahun depan. Saya juga mencipta lagu dan menghasilkan lirik sendiri untuk album ini kerana bagi saya ia lebih ikhlas. Dalam album Sangkar, saya hasilkan enam lagu,” katanya.

Sementara itu, rumah tangga Atilia dan suami, Ariff Johan Abdul Jalil, yang dibina 10 tahun lalu nampaknya masih belum dikurniakan cahaya mata.

“Kami memang rindukan kehadiran cahaya mata. Namun, belum ada rezeki lagi. Maklumlah, saya dan suami sama sama sibuk dengan kerja masing-masing.

“Saya akui kami jarang habiskan masa bersama dan kadang-kadang sampai tidak jumpa langsung dalam seminggu. Tetapi itulah pengorbanan sebagai anak seni,” katanya.


PROFIL

Nama sebenar: Raja Putri Atilia Raja Haron
Tarikh lahir: 15 September 1974
Tempat lahir: Muar, Johor
Status: Berkahwin
Nama suami: Ariff Johan Abdul Jalil
Tarikh kahwin: 18 Disember 1998
Kerjaya: Penyanyi dan pelakon
Album: Sangkar
 
home
atilia
blog
media
videos
gallery
news
events
links
contact
atilia.us is powered by halimisaidi.com | original background artwork (indah album cover) by muid latif
mfSlideBar